Friday, March 5, 2010

jalur lebar merubah hidup saya


Jalur lebar merubah hidup saya.Apa itu 'Jalur Lebar'?Jalur lebar adalah satu kemudahan internet yang dapat menghubungkan kita dengan dunia antarabangsa yang sukar untuk kita kenali sebelum ini.Memang tidak dinafikan melalui pembacaan,kita juga bisa memiliki pengetahuan dan maklumat mengenai pelbagai perkara namun dengan menggunakan kemudahan jalur lebar ataupun nama lainnya,internet,pengetahuan kita itu akan lebih berkembang dan meluas.Selain itu kita juga boleh berhubung secara langsung dengan insan yang lebih mengetahui sesuatu perkara itu.Contohnya,sekiranya kita mempunyai sebarang kemusykilan tentang perbidanan dan sakit puan,kita boleh berhubung terus dengan Dr.Rozmy di laman web beliau. Setelah saya mengenali apa itu jalur lebar,hidup saya mula berubah dari seorang yang cetek pengetahuan kepada seorang yang berpengetahuan mengenai pelbagai perkara misalnya saya mengetahui pelbagai fakta penting berkenaan dengan Pusat Jalur Lebar Negara.Kini saya sudah berjaya dengan bantuan jalur lebar.Saya tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung.Saya berasa sangat bersyukur apabila seorang insan membantu saya.Insan itu memperkenalkan jalur lebar kepada saya.Walaupun saya tak terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza,saya tetap bersyukur.Walaupun saya tak sekaya pelakon Maya Karin,saya tetap mampu membela keluarga saya.Walau apa pun,jalur lebar adalah punca saya berubah.Jalur lebar tetap dihati saya,walaupun muka saya sudah berkedut seribu.Saya kini lebih yakin.Jadi kawan-kawanku,jadilah seperti saya.Pasti kehidupan kawan-kawan akan lebih terjamin.Sesungguhnya,jalur lebarlah yang menyelamatkan saya dari jatuh bertimpa-timpa serta ketinggalan zaman

No comments:

Post a Comment